JDT Stadium Tour
" The best and beautiful place "
Stadium Sultan Ibrahim, juga dikenali sebagai Stadium JDT, Stadium Johor Darul Ta'zim atau Stadium SSI, ialah stadium utama JDT di Iskandar Puteri (Gelang Patah), Johor. JDT Stadium Tour membawa anda masuk ke kawasan pemain, terowong dan tepi padang. Pilih Hummer Tour 10 minit dari RM29, Buggy Tour 30 minit, Stadium Tour 45 hingga 60 minit, atau Full Tour Experience selama kira-kira 4 jam.
Rasai sendiri pengalaman di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dimana merupakan rumah kepada pasukan Southern Tigers, Johor Darul Ta’zim (JDT). Ini bukan sekadar stadium biasa tetapi ia adalah simbol kehebatan, disiplin dan kejayaan bola sepak Johor di pentas Asia.
Masuk ke dunia sebenar bola sepak profesional dan lihat sendiri suasana di sebalik tabir sebuah kelab yang penuh dengan sejarah kemenangan. Anda akan berjalan melalui terowong pemain, melawat ruang persalinan, dan berdiri di tepi padang bertaraf dunia yang menjadi saksi kepada detik-detik gemilang JDT. Untuk pengalaman yang lebih unik, anda juga boleh menaiki buggy untuk meneroka kawasan VIP, fasiliti latihan dan sudut eksklusif stadium dengan lebih santai. Bagi yang mahukan pengalaman yang penuh gaya, naik Hummer khas yang pernah digunakan dalam perarakan kemenangan JDT, lengkap dengan suasana sambutan yang menghidupkan semangat juara.
Setiap langkah membawa anda lebih dekat kepada semangat juang pasukan, dari kawasan latihan hinggalah ke zon eksklusif yang biasanya hanya boleh diakses oleh pemain dan staf. Pengalaman ini memberi gambaran sebenar bagaimana sebuah pasukan juara dibentuk dan dibangunkan.
Rasai atmosfera stadium bertaraf antarabangsa dimana JDT Stadium Tour menawarkan pengalaman yang penuh inspirasi, tenaga dan kebanggaan terhadap dunia sukan. Tempah Lawatan Stadium JDT anda bersama kami hari ini!
Jika anda merancang untuk melawat beberapa tempat dalam satu hari, sewa kereta di Johor boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal.
MYR 60.00
MYR 58.00
MYR 50.00
MYR 49.00
MYR 30.00
MYR 29.00
MYR 140.00
MYR 135.00
Pengalaman sebenar daripada pelanggan kami yang dihargai.
Ya, fotografi dibenarkan di kebanyakan kawasan stadium. Namun begitu, pengunjung perlu mematuhi arahan tour guide, dan beberapa kawasan tertentu mungkin tidak membenarkan penggambaran.